8 Tips Keselamatan Rumah Ketika Cuti Raya

Cuti Raya dah dekat. Ramai yang akan balik kampung. Untuk anda dapat beraya dengan aman, kami bawakan kepada anda 8 tips “Tenang Beraya”, supaya anda boleh tinggalkan rumah di bandar dan balik ke kampung beraya dengan aman.

Tip 1: Jangan Iklankan Percutian Anda

Berhati-hati jika anda ingin mengumumkan percutian anda di media sosial seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya. Niat baik anda itu mungkin diperhatikan oleh orang yang berniat jahat.

Jadi, langkah yang bijak ialah langsung tidak meng’iklan‘kan (secara terbuka) percutian anda, tetapi khabarkan secara tertutup kepada rakan dan kenalan yang anda percayai.

Menulis posting tentang percutian anda juga berisiko diperhatikan oleh mereka yang berniat jahat. Oleh itu, perhatikan “Privacy Settings” anda. Pastikan post anda itu hanya dapat dilihat oleh orang yang anda kenal dan percayai sahaja, jika anda tidak dapat mengawal keadaan itu, pertimbangkan untuk tidak menulis, atau melengahkan berkongsi keceriaan anda itu sehingga selepas percutian berakhir.

Tip 2: Jangan Iklankan Barangan Berharga Anda

Jika anda membuat pembelian sebelum perayaan, jangan buang kotak barangan berharga sehingga nampak dengan jelas pada orang yang lalu-lalang. Ini seolah-olah ‘iklan‘ menjemput mereka yang memang mencari-cari ‘peluang‘ ‘beraya sakan‘!

Buangkan kotak yang dengan jelas mamaparkan jenama barangan yang anda beli itu jauh dari rumah. Atau pastikan buangan anda itu tidak menjadi iklan atau umpan bagi pencuri.

Tip 3: Tanda Cegahan Visual

Menurut kajian di Amerika Syarikat, 60% daripada pencuri akan mengabaikan rumah yang mempunyai papan tanda yang jelas menyatakan rumah itu dilengkapi dengan sistem keselamatan.

Anda mungkin boleh menggunakan cara ini. Tetapi, sekadar papan tanda biasa sahaja mungkin tidak lebih dipercayai daripada papan tanda daripada syarikat kawalan keselamatan yang lebih terkenal.

Menggunakan peralatan palsu seperti kamera litar tertutup palsu juga boleh menjadi pencegahan yang baik. Tetapi pastikan, ia meyakinkan.

Walau bagaimana pun, memasang sistem keselamatan yang sebenar mempunyai banyak kelebihan.

Tip 4: Lampu Automatik

Jangan biarkan rumah anda bergelap apabila anda balik kampung bercuti. Ini adalah tanda yang jelas bahawa rumah anda ‘selamat‘ untuk di’kerjakan‘ oleh pencuri.

Dengan Smart Plug Maevi, anda boleh mengawal peralatan yang terpasang kepadanya seperti lampu. Samada anda boleh on-off lampu yang terpasang kepada Smart Plug Maevi ini daripada kampung melalui aplikasi yang dipasang dalam telefon pintar anda secara manual. Atau anda boleh juga tetapkan jadual untuk lampu ini on dan off pada ketika yang tertentu.

Antara lampu yang perlu anda pertimbangkan untuk dinyalakan ketika malam ialah:

1. Lampu ‘porch‘ (tempat letak kereta)
2. Lampu belakang rumah
3. Lampu ruang tamu
4. Atau mana-mana lampu yang boleh dilihat terbuka daripada luar rumah

Jangan biarkan lampu (terutama lampu luar) kekal bernyala 24 jam sehari. Ini juga tanda yang jelas tiada orang di rumah. Oleh sebab itu menggunakan Smart Plug Maevi yang boleh dikawal-jauh dengan app telefon pintar merupakan pilihan terbaik.

Tip 5: Sensor Pintu

Setelah anda siapkan alat-alat pencegahan, memasang alat mengesan cerobohan juga penting.

Maevi mempunyai Door Sensor yang boleh dipasang dengan mudah pada pintu rumah anda. Melalui aplikasi telefon pintar, anda boleh melihat samada pintu ini terbuka atau tertutup pada bila-bila masa.

Dan sekiranya anda telah meletakkanya dalam keadaan ‘armed‘, anda akan menerima alert sekiranya pintu tersebut dibuka. Dengan itu anda boleh mengambil tindakan yang sewajarnya sebaik sahaja keadaan demikian berlaku.

Tip 6: Sensor Tingkap

Sensor yang sama anda gunakan pada pintu tadi juga boleh digunakan pada tingkap jika anda dapati ada kesesuaian untuk berbuat demikian.

Mungkin anda yakin pintu di rumah anda adalah kukuh dan tidak dapat dipecahkan, tetapi tingkap pula merupakan kelemahan. Maka sekiranya tingkap itu diumpil, lalu dibuka, jika anda meletakkan pengesan (sensor) pada tingkap tersebut anda boleh mendapat alert ketika ianya berlaku.

Ini juga boleh memberikan anda makluman awal kejadian yang berlaku. Anda mungkin boleh menghubungi jiran, atau pegawai keselamatan kejiranan anda untuk memeriksa keadaan rumah anda.

Anda tidak perlu kerisauan tambahan. Anda hanya perlukan Door/Window Sensor dari Maevi, Maevi Gateway dan aplikasi percuma yang dipasangkan pada telefon pintar anda untuk aman bercuti di kampung.

Tip 7: Sensor Gerak

Untuk tempat yang lebih tersorok seperti di bumbung rumah yang jarang-jarang dilalui, anda boleh pasangkan sensor gerak (motion sensor) Maevi.

Sensor ini akan mengesan pergerakkan yang berlaku dan memberi anda alert sekiranya sensor gerak ini mengesan ada pergerakkan ketika telah anda setkan ia dalam keadaan ‘armed‘.

Bumbung adalah antara tempat yang paling umum dimasuki pencuri. Jadi tempat sebegini adalah sesuai untuk anda letakkan sensor gerak.

Antara tempat lain yang boleh anda pertimbangkan untuk memasang sensor gerak ialah pada laluan belakang rumah, yang anda pasti lazimnya tidak ada pergerakkan. Jadi apabila sensor mengesan pergerakkan, anda tahu itu adalah pergerakkan yang tidak normal dan anda dapat bertindak sewajarnya.

Tip 8: Pantau Rumah Anda

Akhir sekali, pantau rumah anda dari keselesaan telefon pintar anda. Semua peralatan Maevi yang disebutkan tadi boleh anda capai melalui telefon pintar sahaja.

Apa yang anda perlukan ialah:
1) Dapatkan Maevi Gateway yang merupakan jantung Sistem Rumah Pintar Maevi anda.

2) Dapatkan peralatan Rumah Pintar yang sesuai dengan kehendak anda. Pilih daripada Energy Meter, Smart Plug, Air Conditioner Controller, dan banyak lagi di maevi.my

3) Pasang dan tetapkan Maevi Smart Home App pada telefon pintar anda. Siap! Kini rumah hanyalah sedekat telefon pintar anda.

APA YANG BESTNYA DENGAN SISTEM MAEVI?

a.
Anda boleh periksa sebanyak mana kegunaan elektrik di rumah anda secara ‘real-time‘ dan anda boleh mendapat anggaran bil elektrik yang akan sampai.

b.
Terutama hari raya ini, anda boleh perhatikan kegunaan elektrik jangan sampai berlaku pembaziran. Energy Meter Maevi membolehkan anda nampak elektrik yang digunakan dan memberi banyak data lain supaya anda berupaya mengawal kegunaan anda.

c.
Anda boleh on-off peralatan yang dipasangkan kepada Smart Plug dari mana-mana jua hanya melalui internet. Jadi anda tidak perlu lagi patah balik ke rumah hanya untuk on-off peralatan tersebut secara manual. Tiada lagi kerisauan!

d.
Anda juga boleh jadualkan waktu on-off peralatan anda yang dipasangkan kepada Smart Plug Maevi. Tak perlu lagi anda melalui episod ‘lupa’ tutup/buka peralatan tersebut. Contoh: Setiap hari buka lampu ‘porch‘ jam 8 malam dan tutup jam 7 pagi. Anda dah boleh lupakan tugas remeh itu, dan nikmati masa yang terluang.

e.
Anda boleh pasangkan penghawa dingin sebelum sampai ke rumah dengan Maevi Air Conditioner Controller, untuk sampai dalam keadaan rumah sudah sejuk selesa. Atau anda boleh tetapkan jadual dengan menggandingkan dengan kipas yang anda pasangkan pada Smart Plug, jadi anda boleh gilirkan waktu buka penghawa dingin dan kipas pada waktu malam, yang pastinya boleh memberikan penjimatan dan menurunkan bil elektrik anda.

Semuanya ini dan banyak lagi dari kemudahan telefon pintar dengan Sistem Rumah Pintar Maevi.

P/S: Ini baru betul SELAMAT Hari Raya 😉

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart

%d bloggers like this: