9 Tips Jimat Elektrik Musim Raya

Musim raya adalah musim keceriaan. Tanda keceriaan adalah kecerahan yang mengisi hari-hari bahagia tersebut. Tetapi adakah kecerahan itu perlu berlaku tanpa kawalan sehingga pada akhir bulan, anda menanggung “kesedihan” melihatkan bil elektrik yang tinggi?

Berikut adalah beberapa tips keceriaan sepanjang hari raya nanti supaya ia berakhir juga dengan keceriaan? 🙂

1. Matahari

Gunakan cahaya semula jadi ketika waktu siang seboleh mungkin untuk menerangi rumah anda. Sidai pakaian anda untuk dikeringkan. Jangan gunakan pengering pakaian jika tidak perlu.

2. Kemaskan Peti Sejuk

Pastikan ia di isi-susun dengan cekap untuk membantu kecekapan tenaga. Peti ais yang diisi dengan penuh tidak tersusun, lazimnya tidak dapat berfungsi dengan optima jika kitaran penyejukannya terhalang. Apabila ini berlaku peti ais akan berkerja dengan lebih dan secara langsung menambahkan kos elektrik anda.

3. Kedap Hawa

Jika rumah anda menggunakan penghawa dingin, pastikan tingkap dan bukaan ditutup kemas supaya penyejukan menjadi cepat dan cekap maka penghawa dingin tidak perlu bekerja lebih untuk menyejukkan rumah yang “bocor”.

Anda juga boleh gunakan Maevi Air Conditioner Controller untuk menjadualkan waktu penghawa dingin anda dipasang (on) dan dimatikan (off) jadi walau pun anda terlupa untuk matikan penghawa dingin, anda boleh berbuat demikian melalui telefon pintar walau pun anda tiada di rumah.

4. Jadualkan Pengahawa Dingin dan Kipas

Jika anda terus menggunakan penghawa dingin sepanjang hari, ia tentunya akan meningkatkan kos elektrik. Langkah bijak adalah untuk menggilirkan penggunaan penghawa dingin dengan kipas (dinding, berdiri atau siling).

Menjadualkan penggunaan penghawa dingin dan kipas secara bergilir boleh dilakukan secara automatik dengan menggunakan Smart Plug Maevi. Semuanya anda boleh kawal dengan aplikasi mudah di telefon pintar.

5. Guna Bateri Cas Semula

Lampu raya adalah tradisi zaman moden yang berasal daripada pelita tanah. Ia menambahkan keceriaan dan membawa nostalgia yang indah kepada ramai orang. Tahukah anda sekarang ini telah ada lampu perayaan (festive light) yang jimat elektrik (menggunakan LED). Cari dan guna lampu perayaan LED.

Untuk tambahan penjimatan elektrik, anda boleh pasang lampu raya anda itu kepada bateri cas semula. Ini adalah lebih menjimatkan daripada anda terus memasangnya kepada bekalan elektrik (wall socket).

Satu cara lagi ialah dengan menggunakan Smart Plug Maevi dan menjadualkan bila masa ia on dan off, supaya anda tidak perlu lagi secara manual on-off lampu tersebut dan tidak terlupa.

6. Peralatan Elektronik Cekap Elektrik

Pertimbangkan untuk beli peralatan elektronik yang sesuai dan menjimatkan untuk tugas-tugas anda. Tahukah anda peranti tablet menggunakan 70% kurang kuasa daripada laptop.

Manakala laptop pula adalah lebih cekap tenaga daripada desktop.

7. Bertukar Kepada Lampu LED

Lampu LED sudah terbukti dapat mengurangkan kos elektrik sehingga 80% daripada lampu pijar (berfilemen) biasa. Bukan sahaja ia mengurangkan kos operasi elektrik bulanan, ia juga tahan sehingga 5x lebih lama daripada lampu biasa. Iaitu, sekiranya lampu pijar biasa anda itu ditukar setiap lebih kurang 2 tahun, lampu LED mampu tahan sehingga 10 tahun.

Walaupun harga lampu LED lebih mahal berbanding lampu biasa, tetapi untuk jangka panjang ia merupakan pelaburan yang menguntungkan.

8. Jadualkan Penggunaan Lampu

Guna Smart Plug Maevi atau Power Relay Maevi untuk menjadualkan lampu anda, supaya anda boleh tumpukan masa anda beraya dan tidak perlu takut jika anda lupa menutup atau membuka suis lampu.

Menjadualkan lampu seperti contohnya lampu raya untuk buka dan tutup secara automatik sepanjang malam setiap hari perayaan juga boleh menjadi strategi menghalang “tetamu tidak diundang” yang membuatkan seolah-olah rumah anda berpenghuni sepanjang cuti raya ketika anda berada di kampung.

9. Pantau Penggunaan Elektrik

Pasang Energy Meter Maevi untuk memantau penggunaan elektrik di rumah anda secara real-time. Jadi anda punyai maklumat langsung dan boleh bertindak untuk mengurangkan penggunaan tenaga. Melalui aplikasi percuma Maevi Smart Home juga anda boleh melihat dan membandingkan trending penggunaan tenaga di rumah anda dan ia boleh membantu anda untuk membuat keputusan bijak.

Selamat Hari Raya

Semoga hari raya anda penuh kecerahan dan keceriaan. Juga keceriaan ketika melihat bil elektrik atas kebijaksanaan anda mengawalnya. 🙂

Selamat Hari Raya

Dari Team Maevi.

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart

%d bloggers like this: